Assalamualaikum kengkawan, Pergh.. nampaknya dah masuk bulan ke 7 sejak pos terakhir aku Februari lalu. Bukan takde benda nak tulis, tapi berat tangan nak menaip dan komitmen kerja tak mengizinkan untuk beberapa bulan yang lepas. Ok untuk tidak membuang masa dan sempena bulan mulia Ramadan Al-Mubarak 1430H ni, aku nak berkongsi mp3 Surah Yasin bacaan oleh Ustaz Dzulkarnain Hamzah, yang selalu keluar kat Astro Oasis hari Khamis malam Jumaat. Selain tu, disertakan jugak beberapa alunan Zikrullah bacaan beliau. Bukan apa, sayu je bila dengar kelunakkan suara beliau melagukan ayat² Allah ni. Read more of mp3 Bacaan Yassin Ustaz Dzulkarnain Astro Oasis
Tak Jadi Naik Pulak..
Kejap kata nak naik kan, kejap kata tak jadi naik, tapi bukan makna nya dibatalkan ye.. cuma ditangguh kan je dulu kepada suatu masa yang mungkin lebih sesuai. Macam mana lah orang² yang bertanggung jawab kat menda ni wat keputusan eh, macam makan biskut je (kejap ada, kejap takde.. haha).
Macam mana pun, bagus lah kalau tak naik lagi sekarang ni. Sekurang²nya perbelanjaan semasa kita untuk tol belum bertambah lagi (wat masa sekarang) dan mungkin jugak tindak balas rantaian dari kenaikan tol tu, macam kenaikan harga barang mungkin dapat di elakkan dulu wat masa ni.
Tol Naik Lagi..
Tol naik lagi. Soalan aku, tak boleh ke kalau tak naik.. Jawapan yang aku baca ntah kat mana, tak boleh.. sebab nanti kerajaan kena tanggung kos yang berjuta² nak bayar syarikat² konsesi tu, kesian kerajaan. Aku rasa, mesti harga barang akan naik lagi lepas ni, macam masa harga minyak naik dulu dan bila harga minyak dah turun, harga barang masih tak turun² jugak Read more of Tol Naik Lagi..
Resit oh resit..
Adeh.. leceh ar beli barang borong kat hypermart mydin nih. Apasal leceh, camne tak leceh, nak masuk lif kena roadblock, keluar lift pun kena roadbloack. Aku rasa, Mydin kena wat alternatif lain ar, supaya tak menyusahkan pengguna/pembeli ni.
Mungkin tu cara diorang nak pastikan takde orang songlap bawak barang keluar.. tapi kalau berkali² pulak nak cek resit pembelian tu, rimas lah pulak aku rasa. Kalau tak bagi tengok resit tu, nanti tak lepas/lambat lah pulak aku balik.. heheh. Plus ada satu mamat guard ni, tak reti pulak nak mintak cara berhemah. Nasib le aku baik ati.. huhu, kalu tak mesti aku dah ketuk dahi dia. Macam mana pun, aku suka jugak beli barang kat sana, lot parking pun banyak. Saja je kongsi cite.