December, 2008

Doa Akhir Dan Awal Tahun Hijrah

Monday, December 29th, 2008

Alhamdulillah, arini bersempena dengan Awal Muharam 1430 Hijrah, berjaya jugak aku selesaikan urusan memindahkan barang² dari rmh parent aku ke rmh aku sendiri. Yes..up up and away.. to the 15th flr.. Tima kasih kpd semua yang membantu, Abah, Pak Itam, Adik, Angah, Alang, Nik, dan semua yg menolong lah.. and also not forgotten Pakcik driver lori. Pada yang mencari doa untuk akhir dan awal tahun hijrah, aku ada sertakan kat sini.. setahun sekali je pun baca.. dun wuri, pendek je doanya.

(more…)

Jualan Murah [Domain]

Friday, December 19th, 2008

namesale

wah menarik, bangun pagi ni aku tergerak plak nak amek satu domain dotnet. Ada hikmah jugaklah aku tangguhkan dulu untuk register domain tu sebelum ni. Nampaknya semakin dekat dengan new year & krismas ni, ada byk sale kat merata² tempat.. termasuklah kat name.com sdiri. Tapi petang ni aku tengok offer tu dah abis.. offer terkini setakat ni untuk transfer domain dotcom plak USD6.99. Jadi kalu korang ada plan nak rembat domain murah, coba² lah usha name.com atau kat lelain registrar.. mana le tau ada sale dengan harga yang menarik gak.. adios.

Tali Pinggang Belakang

Wednesday, December 10th, 2008

1 Januari 2009 ni bermula lah penguatkuasaan tali pinggang keledar untuk penumpang belakang. Nampaknya tali kat belakang kete aku ni berguna jugak lah akhirnya. Dulu kalau guna pun bila nak pindah kan kotak [wat isi buku], monitor tft & tv panasonic je [pindah rumah ler], sekadar buat penyendal/penyangkut supaya tak jatuh.

Rasanya ramai gak rakyat marhain yang tak berapa nak puas ati dengan penguatkuasaan ni. Harap² menda ni bukan sekadar melepaskan batuk di tangga je @ sekadar nak carik sebab untuk tambah saman kat orang ramai lah. Saman maksimum RM300 tu beb.. Ok kat sini adalah sket² info yg sempat aku cedok dari alam maya ni sebagai info tambahan.

(more…)

Selamat Hari Raya AidilAdha

Sunday, December 7th, 2008

AidilAdha menjelang tiba, sedikit info yg dapat dikorek dari wikipedia untuk dikongsi bersama.. Hari Raya Aidiladha (عيد الأضحى ‘Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal.

Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

(more…)