Selamat Hari Raya AidilAdha

at Sempoi Dot Net



Home > Islam > Selamat Hari Raya AidilAdha
« Regedit, Run, Msconfig Replacement
Tali Pinggang Belakang »
Selamat Hari Raya AidilAdha

 

AidilAdha menjelang tiba, sedikit info yg dapat dikorek dari wikipedia untuk dikongsi bersama.. Hari Raya Aidiladha (عيد الأضحى ‘Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal.

Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

(credit: http://nursobirin.wordpress.com)

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

(http://www.alamsiber.com/islam/Kaabah/kaabah3rdlevelview.html)

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit Hari Raya Aidil Fitri.

Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka. Disertakan link dibawah kalau kkawan berminat untuk melihat lebih banyak gambar² di mekah dan kaabah. Akhir kalam, Selamat Hari Raya AidilAdha, Maaf Salah & Silap.

Credit:

http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Raya_Aidil_Adha

http://www.e-picworld.com/2008/01/few-pictures-about-kaabah.html

Related posts:

  1. Qada dan Fidyah Puasa
  2. Doa Akhir Dan Awal Tahun Hijrah
  3. Kejamnya Zionis
  4. Tali Pinggang Belakang
  5. Add Copy To / Move To for Right Click Menu

Untuk dapatkan link page ini, Sila scan atau copy QR Code di atas. Untuk Copy, Sila Right Click > Save Image As > 'qr_img.php' tukar '.php' kepada '.jpg'

This entry was posted on Sunday, December 7th, 2008 at 11:20 pm and is filed under Islam. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. Responses are currently closed, but you can trackback from your own site.

3 Responses to “Selamat Hari Raya AidilAdha”

  1. eyka95No Gravatar Says:
    February 25th, 2010 at 2:54 pm

    best..ade yang lebih menarik x?

  2. buat duit dengan blogNo Gravatar Says:
    September 17th, 2010 at 8:13 am

    salam hari raya, maaf zahir batin

  3. Buat duit dengan blogNo Gravatar Says:
    September 17th, 2010 at 8:45 am

    salam aidilfitri

Google
  • Pages

    • About
    • Page Not Found
    • Share Link
    • SiteMap
  • Categories

    • Bayi & Kanak-Kanak (2)
    • Islam (4)
    • My Notepad (12)
    • Photo (6)
    • Software (1)
    • Tutorial (11)
    • Video (3)
  • Archives

    • October 2011
    • April 2011
    • March 2011
    • February 2011
    • June 2010
    • April 2010
    • September 2009
    • February 2009
    • January 2009
    • December 2008
    • November 2008

Sempoi Dot Net is proudly powered by WordPress and Pilkster's SEO Adsense Wordpress Themes
Entries (RSS) and Comments (RSS).