Kepada yang guna Windows XP, ni ada sikit trick yang boleh kita guna untuk memudahkan kita pindahkan file/folder dengan cara klik kanan kat file/folder tersebut.
Akan ada pilihan untuk ‘Copy To Folder..’ atau ‘Move To Folder..’. Kemudian akan keluar popup untuk kita pilih lokasi baru kepada file/folder yang hendak dipindahkan tu.
Kat bawah ni, pilihan yang asal bila kita klik kanan kat file/folder, sebelum kita teruskan dengan langkah² kat bawah lagi..

Caranya, kena buka Registry Editor dulu, kemudian taip regedit kat run dan klik OK. Sebelum buat apa² perubahan, sila lah buat backup untuk registry tu terlebih dulu. Kemudian kena cari key ni kat dalam Registry Editor.
HKEY_CLASSES_ROOTAllFilesystemObjectsshellexContextMenuHandlers
Lepas jumpa key tu, klik kanan dan pilih ‘New’ kemudian ‘Key’:

Kemudian double-klik pada (Default) value dan masukkan value kat bawah ni:
{C2FBB630-2971-11D1-A18C-00C04FD75D13}

Klik OK untuk teruskan.
Rename ‘New Key #1’ tu kepada ‘Copy To’

Kalau nak aktifkan untuk ‘Move To’ pula, ulang langkah yang sama macam kat atas. Cuma masukkan value kat bawah ni untuk ‘value data’ dan nama kan key baru tu kepada ‘Move To’:
{C2FBB631-2971-11D1-A18C-00C04FD75D13}
Sekarang bila kita klik kanan pada file/folder, akan ada tambahan baru kepada pilihan:

Bila klik Copy To Folder/Move To Folder, akan keluar popup window untuk kita pilih lokasi baru file/folder yang hendak dipindahkan.

credit:
http://masteringmenjaro.blogspot.com