Tol Naik Lagi..
Tol naik lagi. Soalan aku, tak boleh ke kalau tak naik.. Jawapan yang aku baca ntah kat mana, tak boleh.. sebab nanti kerajaan kena tanggung kos yang berjuta² nak bayar syarikat² konsesi tu, kesian kerajaan. Aku rasa, mesti harga barang akan naik lagi lepas ni, macam masa harga minyak naik dulu dan bila harga minyak dah turun, harga barang masih tak turun² jugak

Dalam keadaan ekonomi sekarang yang macam tak berapa nak stabil ni. Ada orang yang di berentikan kerja, ada yang dipaksa bercuti tanpa gaji, rasanya tak berapa nak ok lah duit tol tu dinaikkan. Pasti kenaikan tol ni akan tambah menyukarkan orang ramai yang asyik berulang-alik menggunakan jalan yang ber tol tu. Camne nak berjimat eh.. Bebaru ni tol NPE kat PJS2 menghala ke KL dimansuhkan. Tup-tup keluar citer kenaikan tol-tol yang lain pulak. Macam-macam..
ps- Harap² lepas naik, harga tol boleh turun jugak macam harga minyak ;p
credit:
http://www.malaysiakini.com
http://www.niknazmi.com
http://www.bharian.com.my
Tags: tol