Baru-baru ni kerajaan telah umumkan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi jenis polikarbonat yang mengandungi ‘Bisphenol A‘ (BPA) dan berkuatkuasa pada 1 Mac 2012. Maknanya ada lebih kurang setahun lagi untuk botol susu tersebut berada dipasaran negara ini.
Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu dan lain-lain jenis botol yang berkenaan dan ‘Bisphenol A‘ atau ‘BPA’ ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar. BPA ni dikatakan dalam jangka masa panjang boleh sebabkan gangguan kepada sistem hormon dan gangguan sistem fungsi tubuh lebih-lebih lagi kepada bayi dan anak-anak. Kesian anak-anak kita kemudian hari.
Bagi ibu bapa, pastinya kita mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Sedangkan anak demam pun, kita dah sibuk cari klinik dan ubat. Inikan pula perkara yang boleh mendatangkan risiko macam ni. Pasti menjadi perhatian supaya anak-anak kita tidak terdedah kepada penyakit yang disebabkan oleh kecuaian dan ketidak perihatinan kita pada perkara yang melibatkan kesihatan ni.
Menurut kajian yang dijalankan oleh pihak Universiti Malaya, kadar pemindahan BPA tersebut meningkat sebanyak 7 kali ganda pada suhu 80 darjah Celcius. Dimana saya sendiri dan mungkin ada ibu bapa lain yang membiasakan amalan merendam botol susu dalam air panas sebelum membancuh susu. Bahayakan?? dan kebiasaannya, bila buat susu anak, kita guna air panas.
Kementerian juga ada mengeluarkan panduan penggunaan botol susu polikarbonat dan kod identifikasi jenis plastik untuk panduan pengguna. Boleh rujuk atau download kat sini link 1 dan link 2 (alternatif: link 1 dan link 2).
kredit:
Kementerian Kesihatan Malaysia
Related posts:
- Kanak-Kanak Dilanggar Lari (Buletin Utama 17/10/11)
- Phone Nokia C5 Kena Curi..
- Kejamnya Zionis
- Qada dan Fidyah Puasa
- Tak Jadi Naik Pulak..


