Gempa Bumi dan Tsunami Jepun Mac 2011
March 15th, 2011
Dah beberapa hari berlalu sejak Tsunami yang melanda Jepun pada 11 Mac 2011. Kejadian turut mengimbau kembali kejadian tsunami 26 Disember 2004 di rantau ini yang meragut ratusan ribu nyawa manusia terutamanya di Banda Acheh, Sri Lanka, dan lain-lain.. termasuk Malaysia pun tak terkecuali. Kali ni gempa yang dimaklumkan adalah 8.9 pada skala Richter (ada laporan kata 9 skala Richter) telah menyebabkan tsunami setinggi 10m dan melanda berapa bandar di kawasan pantai Jepun. Ramai yang terkorban dan tak terkira banyaknya jumlah kerosakan harta benda.

