Adeh.. leceh ar beli barang borong kat hypermart mydin nih. Apasal leceh, camne tak leceh, nak masuk lif kena roadblock, keluar lift pun kena roadbloack. Aku rasa, Mydin kena wat alternatif lain ar, supaya tak menyusahkan pengguna/pembeli ni.
Mungkin tu cara diorang nak pastikan takde orang songlap bawak barang keluar.. tapi kalau berkali² pulak nak cek resit pembelian tu, rimas lah pulak aku rasa. Kalau tak bagi tengok resit tu, nanti tak lepas/lambat lah pulak aku balik.. heheh. Plus ada satu mamat guard ni, tak reti pulak nak mintak cara berhemah. Nasib le aku baik ati.. huhu, kalu tak mesti aku dah ketuk dahi dia. Macam mana pun, aku suka jugak beli barang kat sana, lot parking pun banyak. Saja je kongsi cite.
Tags: mydin, shopping
Posted in My Notepad
|
Kepada yang guna Windows XP, ni ada sikit trick yang boleh kita guna untuk memudahkan kita pindahkan file/folder dengan cara klik kanan kat file/folder tersebut.
Akan ada pilihan untuk ‘Copy To Folder..’ atau ‘Move To Folder..’. Kemudian akan keluar popup untuk kita pilih lokasi baru kepada file/folder yang hendak dipindahkan tu.
Kat bawah ni, pilihan yang asal bila kita klik kanan kat file/folder, sebelum kita teruskan dengan langkah² kat bawah lagi.. Read more of Add Copy To / Move To for Right Click Menu
Tags: regedit, run, window xp
Posted in Tutorial
|
Mesti korang pernah tengok kartun 3D budak² kecik yang comel kat tv. Awal² kemunculan kartun tu, masa nak berbuka puasa, kalau tak salah dalam tahun 2008 lah. Very the cute lah. Rasanya dari yang budak kecik sampai lah yang dah level bapak orang pun suka tengok telatah diorang yang kiut tu. Nampaknya sekarang kompeni Les’ Copaque, yang bikin kartun tu dah keluarkan versi movie “GENG: Pengembaraan bermula…”
Kepada peminat² kartun tu, dah bule lah tengok kat wayang pada 12 Feb 2009 nih. Tengok diorang punya The making.. kat tv, Macam besh gak kalu dapat gi tengok ni.. Tahniah kepada kompeni ni kerana berjaya menghasilkan animasi 3D yang sangat menarik dan superb.

credit:
http://www.upindanipin.com.my
http://www.gengthemovie.com
Tags: 3D Animasi, comel, kartun malaysia, Upin Ipin
Posted in My Notepad
|
Letih jugak kalau wat menda yang takleh nak setel ni. Bebaru ni aku ada cuba untuk buat partition kat Vaio zul, aku guna Paragon Partition Manager. Masalah timbul bila proses jadi hang dan aku restart notebook tu. Tup.. tup keluarlah blank screen (Hitam) dan error “Interrupted operation: Insert the Recovery CD or other Recovery Media..” Masalahnya aku manalah ada CD recovery media tu, sama lah jugak dengan member.. haru beb..
Ok, kat sini aku nak share seket, kalau korang pun ada masalah macamtu. Apa yang perlu dibuat sepatutnya, dah cukup kalau guna default partition manager kat Vaio tu dan wat backup windows dan data yang ada dulu. Sekarang ni, kebanyakan notebook baru ada recovery drive kat dlm hdd dia. Jadi mungkin akan timbul masalah kalau kita guna 3rd party software ni. Read more of Interrupted operation: Insert the Recovery CD or other Recovery Media
Tags: Interrupted operation, Recovery Media, Tutorial, Vista
Posted in Tutorial
|