1 Januari 2009 ni bermula lah penguatkuasaan tali pinggang keledar untuk penumpang belakang. Nampaknya tali kat belakang kete aku ni berguna jugak lah akhirnya. Dulu kalau guna pun bila nak pindah kan kotak [wat isi buku], monitor tft & tv panasonic je [pindah rumah ler], sekadar buat penyendal/penyangkut supaya tak jatuh.
Rasanya ramai gak rakyat marhain yang tak berapa nak puas ati dengan penguatkuasaan ni. Harap² menda ni bukan sekadar melepaskan batuk di tangga je @ sekadar nak carik sebab untuk tambah saman kat orang ramai lah. Saman maksimum RM300 tu beb.. Ok kat sini adalah sket² info yg sempat aku cedok dari alam maya ni sebagai info tambahan.
Read more of Tali Pinggang Belakang
Tags: JPJ, kereta, PDRM, tali pinggang
Posted in General
|
AidilAdha menjelang tiba, sedikit info yg dapat dikorek dari wikipedia untuk dikongsi bersama.. Hari Raya Aidiladha (عيد الأضحى ‘Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal.
Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Read more of Selamat Hari Raya AidilAdha
Tags: Aidiladha, EidulAdha, Haji, Hari Raya, Kaabah, Korban, Mekah
Posted in Islam
|
Kebiasaannya bila virus menjangkiti sesebuah komputer, kita akan berdepan dgn masalah untuk access ke Task Manager (taskmgr.exe), Registry Editor (regedit.exe), Command Prompt (cmd.exe), System Configuration Utility (msconfig.exe) dan ‘Run’ drpd Start Menu. Kat sini ada beberapa software yang boleh digunakan utk gantikan menda² ni. Yang bestnya, menda ni portable dan saiznya kecik je.
Read more of Regedit, Run, Msconfig Replacement
Tags: msconfig.exe, regedit, run, software, window xp
Posted in Tutorial
|
Kelmarin member aku mintak tlg reformat dan install semula vista dalam laptop dia ‘ASUS F5RL series’. Aku pun buatlah apa yg patut. Memula memang takde masalah dan installation pun selesai.. tapi bila vista tu sampai ke login screen.
Tetiba kuar window ‘Can not open file C:\RECOVERY.DAT.’ dan kuarlah ‘tulisan ‘error’ [warna merah] yg sebesar²nya, penuhlah satu screen laptop tu. 2-3 kali aku try reinstall semula vista tu, tapi masalah yg sama tetap muncul.. penin kepala pakcik.. Tapi takpe, masalah tu dah setel. Nak tau caranya, teruskan membaca..
Read more of Can not open file C:\RECOVERY.DAT
Tags: asus, error, RECOVERY.DAT, Tutorial, Vista
Posted in Tutorial
|