Posts Tagged ramadhan

mp3 Bacaan Yassin Ustaz Dzulkarnain Astro Oasis

Friday, September 4th, 2009

yasinAssalamualaikum kengkawan, Pergh.. nampaknya dah masuk bulan ke 7 sejak pos terakhir aku Februari lalu. Bukan takde benda nak tulis, tapi berat tangan nak menaip dan komitmen kerja tak mengizinkan untuk beberapa bulan yang lepas. Ok untuk tidak membuang masa dan sempena bulan mulia Ramadan Al-Mubarak 1430H ni, aku nak berkongsi mp3 Surah Yasin bacaan oleh Ustaz Dzulkarnain Hamzah, yang selalu keluar kat Astro Oasis hari Khamis malam Jumaat. Selain tu, disertakan jugak beberapa alunan Zikrullah bacaan beliau. Bukan apa, sayu je bila dengar kelunakkan suara beliau melagukan ayat² Allah ni. (more…)

Qada’ dan Fidyah Puasa

Wednesday, November 19th, 2008

Walaupun bulan Ramadhan telah pun berlalu, tapi masih tidak terlewat rasanya kalau kita berkongsi maklumat mengenai fidyah & qada’ puasa ni. Mungkin ada yang kurang jelas tentang perkara ni.

Fidyah adalah denda yang harus dibayarkan kepada orang faqir/miskin yang disebabkan meninggalkan puasa wajib bulan Ramadhan dan yang menyebabkan seseorang harus membayar fidyah adalah karena beberapa hal, antaranya:

1. Tidak mampu

Orang yang tidak mampu untuk berpuasa seperti orang yang sudah tua maka boleh meninggalkan kewajiban puasa Ramadhan. Dan sebagai gantinya, tidak perlu mengqada‘/mengganti puasa di hari lain, tetapi perlu mengganti dengan membayar 1 cupak makanan kepada fakir miskin satu hari untuk satu orang.

Alah berfirman:

Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu): memberi makan seorang miskin”. (QS. Al-Baqarah: 184).

(more…)